Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dolar S'pura capai rekod tertinggi berbanding ringgit, lebihi paras RM3.16

Ringgit Malaysia mencecah paras terendah yang baru berbanding dolar Singapura hari ini, apabila ia mencecah paras RM3.16 dalam dagangan sekitar 11.00 pagi tadi (24 Feb), menurut data Bloomberg.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura capai rekod tertinggi berbanding ringgit, lebihi paras RM3.16

Ringgit Malaysia mencecah paras terendah yang baru berbanding dolar Singapura hari ini (24 Feb).

Diterbitkan : 24 Feb 2017 06:07PM Dikemas Kini : 24 Feb 2017 06:10PM

SINGAPURA: Ringgit Malaysia mencecah paras terendah yang baru berbanding dolar Singapura hari ini, apabila ia mencecah paras RM3.16 dalam dagangan sekitar 11.00 pagi tadi (24 Feb), menurut data Bloomberg.

Paras dolar Singapura paling kukuh berbanding ringgit adalah pada sekitar 12.45 tengah hari, apabila S$1 diniagakan pada paras RM3.1687.

Bagaimanapun pada 5.00 petang tadi, kadar pertukaran kembali kepada paras RM3.163.

Nilai mata wang Asia didagang lebih tinggi hari ini, sedang ketidaktentuan menyelubungi butiran bagi pelan pembaharuan cukai oleh pentadbiran Trump, yang ditimbang pada dolar Amerika Syarikat. Dolar Singapura mencatat paras tertinggi pada 1.4041 berbanding dolar Amerika pada satu tahap, paras yang tertinggi sejak 10 November.

Dolar Amerika jatuh setelah Setiausaha Perbendaharaan Amerika Steven Mnuchin, dalam wawancaranya yang pertama kali disiarkan sejak menyandang jawtaan tersebut, menawarkan beberapa butiran baru tentang pelan pembaharuan cukai pentadbirannya.

Encik Mnuchin memberitahu Fox Business Network bahawa sebarang langkah dasar yang diambil oleh pentadbiran Trump mungkin akan ada kesan yang terhad tahun ini dan turut memberitahu CNBC bahawa beliau mahu melihat pembahuran cukai itu dikuatkuasakan sebelum jangka rehat Kongres pada Ogos.

Komen Encik Mnuchin memberi tanda tanya kepada para analisis sama ada butiran bagi pelan pembaharuan cukai itu akan dibentangkan apabila Presiden Donald Trump mengadakan satu sesi Kongres gabungan pada 28 Feb. 

Sumber : Today/Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan