Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dexus Australia akan tubuhkan dana logistik S$2 bilion dengan GIC S'pura

Syarikat pemaju hartanah Dexus bersetuju untuk menubuhkan dana bernilai AS$1.45 bilion (S$2 bilion) dengan dana pelaburan negara GIC untuk melabur dalam hartanah logistik Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Dexus Australia akan tubuhkan dana logistik S$2 bilion dengan GIC S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 11:44AM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 12:55PM

SYDNEY: Syarikat pemaju hartanah Dexus bersetuju untuk menubuhkan dana bernilai AS$1.45 bilion (S$2 bilion) dengan dana pelaburan negara GIC untuk melabur dalam hartanah logistik Australia.

Perjanjian bersama yang dikenali sebagai Dexus Australian Logistics Trust itu dibiayai dengan aset-aset dari portfolio perusahaan Dexus sekarang, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Nov). 97 peratus dana itu digunakan bagi pasaran-pasaran di Sydney dan Melbourne.

Menurut Dexus, bergantung kepada kelulusan dari Lembaga Semakan Semula Pelaburan Asing Australia, GIC akan memiliki pelaburan awal 25 peratus dalam portfolio utama dana itu, dengan hak untuk memiliki 24 peratus pelaburan lagi menjelang Jun 2020. Dexus pula memegang 75 peratus portfolio utama tersebut.

Berhubung penubuhan dana tersebut, aset-aset pihak-ketiga Devus di bawah pengurusannya akan naik sebanyak A$14.3 bilion (S$14.2 bilion).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan