Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Dewan Senat AS bersidang esok bincang biaya operasi pemerintah federal

Dewan Senat Amerika Syarikat akan bersidang semula esok untuk cuba memecahkan kebuntuan mengenai soal pembiayaan operasi agensi-agensi pemerintah federal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 08:07PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 11:01PM

WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat akan bersidang semula esok untuk cuba memecahkan kebuntuan mengenai soal pembiayaan operasi agensi-agensi pemerintah federal.

Ketua Majoriti Dewan Senat dari parti Republican, Mitch McConnell berkata satu lagi pengundian akan dilakukan lusa terhadap rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi membiayai operasi pemerintah federal sehingga 8 hari bulan depan.

Sejak semalam, kebanyakan agensi pemerintah berhenti beroperasi kerana tiada dana setelah para senator gagal meluluskan rang tersebut.

Kedua-dua pihak, Republican dan Democrat, saling menyalahkan satu sama lain kerana kegagalan itu.

Kesannya dijangka benar-benar dirasakan mulai hari bekerja Isnin ini (22 Jan).

Kelumpuhan operasi pemerintah federal itu juga mencemari ulang tahun pertama Presiden Trump berkuasa.

Sumber : Reuters/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan