Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenal semula

Program pembaharuan fiskal kerajaan sedang dalam pelaksanaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenal semula

Latar langit Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar: Ed Jones/AFP)

Diterbitkan : 17 May 2018 11:07AM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:09AM

KUALA LUMPUR: Program pembaharuan fiskal kerajaan sedang dalam pelaksanaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini (17 Mei).

Dalam kenyataan itu, MoF menyatakan pengurangan hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula, menurut MoF.

“Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan kecekapan serta mengurangkan ketirisan. Selain itu harga minyak mentah dunia meningkat dengan ketara berbanding anggaran Belanjawan 2018 iaitu AS$52 (S$70) setong. Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

“Tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal,” menurut kementerian tersebut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan