Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro meterai perjanjian S$30.2 juta, ceburi pengangkutan pesakit Australia

ComfortDelGro memeterai perjanjian bernilai AU$30 juta (S$30.2 juta) yang menandakan peluasannya ke perniagaan pengangkutan pesakit Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro meterai perjanjian S$30.2 juta, ceburi pengangkutan pesakit Australia

Teksi Comfort dan CityCab yang dimiliki ComfortDelGro Corporation Limited. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 02:14PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 02:16PM

SINGAPURA: ComfortDelGro memeterai perjanjian bernilai AU$30 juta (S$30.2 juta) yang menandakan peluasannya ke perniagaan pengangkutan pesakit Australia.

Mengumumkan demikian hari ini (9 Apr) ComfortDelGro menyatakan ia memperoleh semua saham Pengangkutan Pesakit Kebangsaan (NPT), salah satu penyedia khidmat pengangkutan pesakit bukan kecemasan terbesar di Australia, yang membolehkannya "untuk meluaskan keupayaannya selain perniagaan sedia ada" termasuk bas, sewa kereta, kereta api, teksi dan pengiklanan luar.

NPT beroperasi di Victoria, New South Wales dan Barat Australia - di wilayah di mana ComfortDelGro mempunyai kehadiran yang kukuh - dan menawarkan khidmat pengangkutan perubatan ke rangkaian hospital bandar.

NPT, yang mempunyai 144 kenderaan, juga mengendalikan badan latihan yang berkelayakan untuk memberikan dan menilai pengangkutan perubatan bukan kecemasan, bantuan kecemasan dan kursus-kursus pernafasan kecemasan di Australia.

"Perniagaan pengangkutan pesakit bukan kecemasan sedang mengalami pertumbuhan kukuh yang menunjukkan potensi yang besar dengan jumlah penduduk yang semakin tua di negara-negara maju," menurut pengarah pengurusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro Yang Ban Seng.

"Dengan pemerolehan ini, kami boleh menggunakan kemahiran baru ini untuk meneroka peluang yang serupa di negara-negara lain," tambah beliau.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan