Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro labur S$136.5 juta bagi aset bas Australia

Syarikat pengangkutan darat, ComfortDelGro, melaburkan A$134.45 juta (S$136.5 juta) dalam syarikat-syarikat dan depot bas di Australia sebagai sebahagian daripada "rancangan peluasan" di negara itu, menurutnya pada Selasa (7 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro labur S$136.5 juta bagi aset bas Australia

(Gambar: ComfortDelGro)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 07:05PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 07:10PM

SINGAPURA: Syarikat pengangkutan darat, ComfortDelGro, melaburkan A$134.45 juta (S$136.5 juta) dalam syarikat-syarikat dan depot bas di Australia sebagai sebahagian daripada "rancangan peluasan" di negara itu, menurutnya pada Selasa (7 Ogos).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura itu, ia sudah memperolehi syarikat pengendali bas dan bas pesiaran privet yang tertua di Sydney, Forest Coach Lines, pada harga bernilai A$110 juta (S$111.6 juta).

Ini adalah pelaburan kedua terbesar oleh ComfortDelGro di Australia selepas ia memperolehi Kefford Group pada harga A$149.2 juta (S$151.4 juta) pada 2008.

Menurut ComfortDelGro, Forest Coach Lines, yang ditubuhkan pada 1930, mengendalikan 220 bas di lapan depot. Ia turut mengendalikan khidmat bas kontrak Wilayah 14 di Metropolitan New South Wales, khidmat bas lain di wilayah New South Wales serta khidmat-khidmat bas sekolah dan bukan bas sekolah.

ComfortDelGro akan memperolehi dua tapak depot pegangan kekal - Depot Terrry Hills dan Depot Toormina - pada harga A$15.45 juta (S$15.68 juta), menurut syarikat itu.

Secara berasingan, ComfortDelGro juga akan membeli aset bas dan bas sewa Coastal Liner Coaches, yang mengendalikan khidmat bas di Khidmat Bas Wilayah 11 di kawasan metropolitan Sydney pada harga A$9 juta (S$9.13 juta).

Pengarah Urusan merangkap CEO Kumpulan ComfortDelGro, Yang Ban Seng, berkata bahawa Australia adalah sasaran pelaburan utama bagi syarikat itu berdasarkan kawal selianya yang stabil dan telus, serta peluang pertumbuhan yang kukuh dan jaraknya dengan Singapura.

"Kami secara aktif mencari peluang pelaburan yang berfaedah dan apabila peluang-peluang ini diwujudkan, kami yakin bahawa ia akan melengkapi operasi kami yang ada sekarang."

ComfortDelGro menembusi pasaran Australia pada 2005 dan buat masa ini, turut beroperasi di New South Wales, Victoria dan Australia Barat dengan memiliki sekitar 3,500 kenderaan, termasuk bas, bas sewa, teksi dan ambulans. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan