Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ComfortDelGro ambil alih London Dial-a-Cab pada harga S$2.2 juta

ComfortDelGro sudah mengambil alih peniagaan dan aset pengendali teksi London Dial-a-Cab pada harga £1.2 juta (S$2.2 juta), menurut syarikat tersebut hari ini (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
ComfortDelGro ambil alih London Dial-a-Cab pada harga S$2.2 juta

Teksi Comfort dan CityCab yang dimiliki ComfortDelGro Corporation Limited. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 12:02PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 12:04PM

SINGAPURA: ComfortDelGro sudah mengambil alih peniagaan dan aset pengendali teksi London Dial-a-Cab pada harga £1.2 juta (S$2.2 juta), menurut syarikat tersebut hari ini (19 Apr).

Perjanjian itu dimeterai anak syarikat milik ComfortDelGro di Britain, CityFleet Networks.

Pengarah Urusan dan CEO kumpulan ComfortDelGro Yang Ban Seng berkata pemerolehan ini akan "membolehkan syarikat kami untuk terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan sebagai pengendali teksi utama di London dengan memperluaskan jumlah pemandu dan penumpang".

Buat masa ini, ComfortDelGro adalah pengendali teksi terbesar di London, dengan 1,900 teksi. Pemerolehan tersebut akan menambah lagi 1,100 teksi hitam, membawa jumlah keseluruhannya kepada 3,000 teksi.

Encik Yang turut menambah bahawa Majlis London dan Pengangkutan Untuk London baru-baru ini memberikan kontrak kepada CityFleet the Taxicard dan Dial-A-Ride bagi tempoh lagi tiga tahun, dengan pilihan bagi tahun keempat.

Taxicard merupakan khidmat pengangkutan harian bagi sektor awam yang terbesar di London untuk para penumpang yang mengalami masalah pergerakan atau mereka yang mempunyai masalah daya penglihatan.

CityFleet pula sudah memegang kontrak ini selama beberapa dekad menerusi anak syarikatnya Computer Cab.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan