Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China gesa Kanada bebaskan CFO Huawei atau terima padah

China memberi amaran kepada Kanada pada Sabtu (8 Dis) bahawa negara itu akan menerima padah yang teruk jika ketua pegawai kewangan syarikat Huawei Technologies Co Ltd tidak segera dibebaskan. Beijing juga menyifatkan kes itu sebagai "amat buruk".

Anggaran Waktu Membaca:
China gesa Kanada bebaskan CFO Huawei atau terima padah

Ketua Pegawai Kewangan syarikat Huawei, Meng Wanzhou (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Dec 2018 05:42PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 05:45PM

BEIJING/OTTAWA: China memberi amaran kepada Kanada pada Sabtu (8 Dis) bahawa negara itu akan menerima padah yang teruk jika ketua pegawai kewangan syarikat Huawei Technologies Co Ltd tidak segera dibebaskan. Beijing juga menyifatkan kes itu sebagai "amat buruk".

Meng Wanzhou, CFO global Huawei, ditahan di Kanada pada 1 Disember dan menghadapi ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa beliau menyembunyikan hubungan syarikatnya dengan sebuah firma yang cuba menjual peralatan ke Iran meskipun terdapat sekatan AS.

Meng adalah anak perempuan pengasas syarikat Huawei.

Jika diekstrasi ke Amerika Syarikat, Meng akan dihadapkan pertuduhan bersubahat untuk menipu beberapa institusi kewangan, menurut sebuah mahkamah di pada Jumaat. Beliau boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun bagi setiap pertuduhan.

Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Luar China menyatakan Naib Menteri Luar Le Yucheng mengeluarkan amaran kepada duta besar Kanada di Beijing agar Meng dibebaskan. Beliau juga memanggil duta besar Kanada untuk menyatakan "bantahan tegas" terhadap penahanan Meng.

Adam Austen, jurucakap kepada Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland, berkata pada Sabtu bahawa "tiada (komen) untuk ditambah selain apa yang dinyatakan Menteri semalam".

Freeland memberitahu para wartawan pada Jumaat bahawa hubungan Ottawa dengan China adalah penting dan berharga. Duta Kanada di Beijing juga memberi jaminan bahawa bantuan konsular akan diberikan kepada Meng.

Ditanya tentang tindak balas dari China akibat penangkapan CFO Huawei, Perdana Menteri Justin Trudeau memberitahu para wartawan pada Jumaat bahawa Kanada mempunyai hubungan sangat baik dengan Beijing.

Penangkapan Meng oleh Kanada, adalah atas permintaan Amerika Syarikat, ketika beliau sedang menukar kapal terbang di Vancouver adalah satu pencabulan hak asasi beliau, menurut Le.

Langkah tersebut "tidak mematuhi undang-undang, tidak munasabah" dan bersifat "sangat teruk", tambah beliau.

"China menggesa pihak Kanada supaya melepaskan tahanan itu serta-merta dan melindungi hak-hak beliau, jika tidak Kanada harus bertanggungjawab menerima padah yang serius."

Kenyataan tersebut tidak memberi sebarang butiran.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan