Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China dijangka tindak balas cukai baru AS

China mengumumkan pada Rabu (8 Ogos) ia akan mengenakan cukai 25 peratus ke atas lagi AS$16 bilion (S$21.8 bilion) nilai barangan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
China dijangka tindak balas cukai baru AS

Gambar: AFP/STR

Diterbitkan : 09 Aug 2018 01:46PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 01:47PM

BEIJING: China mengumumkan pada Rabu (8 Ogos) ia akan mengenakan cukai 25 peratus ke atas lagi AS$16 bilion (S$21.8 bilion) nilai barangan Amerika Syarikat, memenuhi janjinya sebelum ini bahawa ia akan bertindak balas terhadap cukai baru yang dikenakan Washington.

Pengumuman itu adalah yang terbaru dalam reaksi berbalas-balas antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu dalam pertikaian dagang yang mencetuskan kebimbangan pasaran global.

Cukai berkenaan akan dikuatkuasakan China pada 12.01 pagi, 23 Ogos, menurut kenyataan di laman kementerian kewangan.

Keputusan itu menyusuli pengumuman Washington pada Selasa bahawa ia akan mengenakan cukai ke atas produk China bernilai AS$16 billion (S$21.8 bilion) berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Cukai terbaru itu merupakan bahagian kedua daripada rancangan pakej bernilai AS$50 bilion (S$68.3 bilion) yang bermula pada 6 Jul apabila Amerika Syarikat mengenakan cukai ke atas AS$34 bilion (S$46.4 bilion) barangan China. Ini mencetuskan tindak balas setara daripada Beijing.

Washington dan Beijing terlibat dalam pertikaian perdagangan ekoran dakwaan Amerika Syarikat bahawa perniagaan eksport China meraih manfaat dari dasar dan subsidi tidak adil, termasuk pencurian kemahiran teknologi Amerika Syarikat.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan