Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

China bertindak balas, kenakan tarif import terhadap 128 produk AS

China melaksanakan tarif baru sehingga 25 peratus ke atas 128 barangan import Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$3 bilion (S$4 bilion) hari ini (2 Apr) termasuk buah-buahan dan daging khinzir sebagai tindak balas terhadap cukai Amerika ke atas keluli dan aluminum. 

Anggaran Waktu Membaca:
China bertindak balas, kenakan tarif import terhadap 128 produk AS

Gambar: AFP/STR

Diterbitkan : 02 Apr 2018 10:52AM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 10:57AM

BEIJING: China melaksanakan tarif baru sehingga 25 peratus ke atas 128 barangan import Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$3 bilion (S$4 bilion) hari ini (2 Apr) termasuk buah-buahan dan daging khinzir sebagai tindak balas terhadap cukai Amerika ke atas keluli dan aluminum.

Langkah Beijing itu meningkatkan lagi kebimbangan terhadap perang perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

Presiden Donald Trump berkali-kali mengutarakan rasa tidak puas terhadap lebihan perdagangan China yang sangat besar berbanding Amerika Syarikat, dengan berikrar untuk mengurangkan defisit Amerika semasa kempen pilihan raya negara tersebut.

Bulan lalu, Beijing pula memberi amaran bahawa ia sedang menimbangkan tarif 15 peratus dan 25 peratus ke atas beberapa barangan termasuk wain, kacang dan sisa aluminium. Tarif tersebut berkuat kuasa hari ini menurut Xinhua yang memetik kenyataan kementerian kewangan.

Levi-levi itu merupakan respons kepada tarif 10 peratus yang dikenakan ke atas aluminium dan 25 peratus ke atas keluli yang turut menimbulkan kemarahan sekutu Amerika Syarikat.

Namun, Presiden Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah serta Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Mexico dan Korea Selatan buat sementara waktu.

Pemimpin Amerika itu juga mendedahkan rancangan untuk mengenakan tarif baru ke atas barangan import China yang bernilai AS$60 bilion (S$78 bilion) atas “pencurian” hak milik intelektual.

China sebelum ini menggesa Amerika Syarikat menghentikan “ugutan ekonomi” dan memberi amaran bahawa ia bersedia untuk bertindak balas.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan