Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CEO Singapore Power Wong Kim Yin dilantik pengerusi SkillsFuture

Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Power, Wong Kim Yin dilantik sebagai pengerusi SkillsFuture Singapore (SSG) berkuat kuasa 1 Oktober, menurut agensi bagi gerakan pembelajaran sepanjang hayat yang diumumkan pada Jumaat (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Singapore Power Wong Kim Yin dilantik pengerusi SkillsFuture

CEO Singapore Power, Wong Kim Yin. (Gambar: Facebook/NCSS Singapore)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 02:31PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 02:42PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Power, Wong Kim Yin dilantik sebagai pengerusi SkillsFuture Singapore (SSG) berkuat kuasa 1 Oktober, menurut agensi bagi gerakan pembelajaran sepanjang hayat yang diumumkan pada Jumaat (28 Sep).

Beliau akan menggantikan Encik Tan Pheng Hock, yang akan bersara pada 30 September selepas menyandang jawatan itu sejak Oktober 2016, menurut SSG dalam kenyataan medianya.

Encik Tan juga pengerusi Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) dari tahun 2007 hingga 2016, sebelum ia menjalani penyusunan semula dan dibentuk sebagai SSG dan Tenaga Kerja Singapura (WSG).

Buat masa ini, pengganti beliau, Encik Wong, adalah pengerusi SP PowerAssets, Singapore District Cooling (SDC) dan SP Digital Holdings serta pengarah SP Services.

Beliau sudah berkhidmat dalam lembaga SSG sebagai pengerusi Jawatankuasa bagi Pendidikan Privet dan beliau juga anggota lembaga gabenor Politeknik Singapura.

Empat ahli baru akan menyertai lembaga SSG seramai 15 anggota: Encik Leong Keng Thai, timbalan ketua eksekutif antarabangsa dan korporat di Lembaga Pembangunan Infokom Media; Encik Mohamad Saiful Saroni, rakan kongsi di PricewaterhouseCoopers; Encik Lee Chee Koon, presiden dan CEO kumpulan CapitaLand; dan Encik Russell Tham, presiden perniagaan dan perusahaan baru di Singapore Technologies Engineering.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan