Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

CapitaLand Mall Trust jual Pusat Beli-Belah Sembawang; dianggarkan S$248 juta

CapitaLand Mall Trust menjual Pusat Beli-belah Sembawang kepada satu usaha sama.

Anggaran Waktu Membaca:
CapitaLand Mall Trust jual Pusat Beli-Belah Sembawang; dianggarkan S$248 juta

Pusat Beli-belah Sembawang. (Gambar: Twitter / CapitaLand Mall Trust)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 01:48PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 01:57PM

SINGAPURA: CapitaLand Mall Trust menjual Pusat Beli-belah Sembawang kepada satu usaha sama.

Ia adalah antara Lian Beng Group dengan Apricot Capital - firma pelaburan privet milik pengasas Super Group David Teo.

Penjualan tersebut dianggarkan bernilai S$248 juta.

Menurut CapitaLand, nilai terbarunya dianggarkan separuh daripada jumlah tersebut iaitu S$126 juta.

Ia turut menambah bahawa pihaknya menjangkakan pendapatan bersih sekitar S$119.6 juta apabila urus niaga itu dimuktamadkan Jun ini.

CapitaLand menyatakan bahawa dengan mengubah nilai pusat beli-belah itu pada peringkat ini, ia akan memperolehi nilai optima bagi para pemilik unit.

Sementara itu, Lian Beng percaya hasil sewa juga akan meningkatkan pendapatan kumpulan itu.

Selain itu, ia juga akan terus mempelbagaikan jalur pendapatannya. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan