Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Broadcom batalkan bidaan Qualcomm tapi akan pindah ke AS

Syarikat yang berpangkalan di Singapura, Broadcom merancang untuk membatalkan bidaannya bagi memperolehi Qualcomm selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak usulan syarikat pembuat cip itu atas alasan keselamatan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Broadcom batalkan bidaan Qualcomm tapi akan pindah ke AS

Syarikat pembuat chip, Broadcom Ltd di Irvine, California. (Gambar: REUTERS/Mike Blake)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 04:39PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 04:40PM

WASHINGTON, DC: Syarikat yang berpangkalan di Singapura, Broadcom merancang untuk membatalkan bidaannya bagi memperolehi Qualcomm selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak usulan syarikat pembuat cip itu atas alasan keselamatan negara.

Namun, ia tetap akan meneruskan rancangannya untuk berpindah ke Amerika Syarikat, menurut sumber-sumber yang terbabit dalam hal tersebut.

Lembaga Broadcom mengadakan mesyuarat pada malam Selasa lalu (12 Mac) untuk merasmikan rancangannya dan ia juga dijangkakan akan membuat pengumuman seawal hari ini (14 Mac), menurut kedua-dua sumber itu.

Sementara itu, Broadcom akan meneruskan rancangannya untuk berpindah ke Amerika Syarikat iaitu langkah yang akan menelan kos sekitar AS$500 juta (S$655 juta) setahun di bawah kadar cukai yang lebih tinggi, menurut sumber-sumber itu.

Dengan berpangkalan di Amerika Syarikat berbanding di Singapura, Broadcom yakin ia akan dapat memperolehi syarikat-syarikat Amerika yang tidak tertakluk di bawah pengawalan Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) yang meneliti perjanjian-perjanjian untuk mengesan kemungkinan ia menjejas keselamatan negara.

Namun, Broadcom dan Qualcomm tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan