Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Boeing sasar naiktaraf sofwe dalam 6-8 minggu berikutan nahas Lion Air

Syarikat Boeing Co merancang untuk menaiktaraf sofwe bagi pesawat jenis 737 MAX dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang. Ia diharap dapat membantu menangani senario yang dihadapi anak kapal pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Indonesia pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing sasar naiktaraf sofwe dalam 6-8 minggu berikutan nahas Lion Air

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8. (Gambar fail: Reuters/Matt Mills)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 09:55PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 10:00PM

SEATTLE/PARIS: Syarikat Boeing Co merancang untuk menaiktaraf sofwe bagi pesawat jenis 737 MAX dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang. Ia diharap dapat membantu menangani senario yang dihadapi anak kapal pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Indonesia pada bulan lalu. Demikian menurut dua individu yang diberi taklimat mengenai perkara itu, semalam (29 Nov).

Para penyiasat nahas tersebut sedang mengkaji kemungkinan sebuah sistem mencegah kehilangan kecepatan baru yang berulang-kali menyebabkan bahagian muncung pesawat turun ke bawah, menerima data yang salah daripada alat sensor yang rosak yang digunakan bagi satu penerbangan berbahaya sebelumnya.

Boeing menyatakan prosedur-prosedur kokpit yang dilaksanakan bagi penerbangan sebelumnya sudahpun ada bagi menangani masalah sedemikian, dan pesawat jenis 737 itu selamat untuk penerbangan.

Para pengawal selia Amerika Syarikat bagaimanapun menyatakan bahawa Boeing juga sedang meneliti pembaikan sofwe, selepas ia dikecam kerana tidak menggariskan perubahan pada sistem automatik baru-baru ini dalam manual bagi 737 MAX, iaitu versi terbaru jet penumpang tersebut.

Data alat perakam pesawat Lion Air JT610 menyarankan bahawa para juruterbang cuba untuk memperbetulkan sistem itu lebih 20 kali sebelum pesawat berkenaan terhempas ke dalam Laut Jawa pada 29 Oktober, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan