Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berikan persaingan kepada S'pura, gesa Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada Selasa (19 Jun) menggesa para usahawan Malaysia supaya memberi persaingan ekonomi secara sihat kepada jirannya, Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Berikan persaingan kepada S'pura, gesa Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng (Gambar: Malay Mail)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 10:18AM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 10:21AM

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada Selasa (19 Jun) menggesa para usahawan Malaysia supaya memberi persaingan ekonomi secara sihat kepada jirannya, Singapura.

"Bercakap tentang kerajaan ini, kita memerlukan semangat 'boleh lakukan'. Mengapa bincang tentang Singapura? Kita boleh lakukannya, tewaskan Singapura dalam permainan mereka sendiri. Pulau Pinang sudah banyak kali mengalahkan mereka," kata Encik Lim di majlis pelancaran satu program inovasi.

Namun, Encik Lim, yang merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak menerangkan dalam bidang mana mahupun dari segi aspek mana satu yang pernah Pulau Pinang mengalahkan Singapura.

"Saya bukan bersikap anti-Singapura, tapi hanya merangsang anda bahawa anda boleh melakukannya! Jika anda lihat di Singapura, mereka banyak menggunakan rakyat (bakat) kita," tambah beliau.

Kedua-dua negara bersaing secara sihat sejak sekian lama - baik dari segi bola sepak mahupun makanan. Encik Lim menyentuh perihal makanan dan berkata jiran di selatan Malaysia itu mendakwa ia adalah tempat asal bagi beberapa hidangan yang terdapat di kedua-dua negara.

"Mereka bijak dalam pemasaran. (Mereka dakwa) nasi ayam kepunyaan mereka... jika kita tidak berhati-hati, 'char kuey teow' juga akan dikatakan milik mereka, walaupun hidangan yang paling enak sebenarnya di Pulau Pinang. Malaysia yang boleh disamakan dari segi mutu," kata beliau.

"Kita dipimpin kerajaan muda, tapi oleh perdana menteri tertua di dunia. Itulah kualiti," kata Encik Lim yang disambut dengan ketawa dan tepukan oleh orang ramai.

Menyentuh tentang hal lain pula, Encik Lim menyuarakan harapan agar rakyat Malaysia memberi masa kepada kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum, kerana hutang negara yang mencecah RM1 trilion (S$337 bilion).

"Kami tetap komited untuk memenuhi manifesto pilihan raya kami. Namun, kami berdepan dengan masalah hutang yang besar, dan perlu menstabilkan kewangan sebelum dapat melaksanakan semua janji," agensi berita Bernama menukil beliau.

Meskipun demikian Encik Lim memberi jaminan bahawa pihak kerajaan masih boleh mengotakan janji walaupun dengan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Kami sudah menunjukkan, walaupun tanpa GST, kami tidak jatuh muflis. Pada masa yang sama, kami boleh mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Maka itu, berilah kami sedikit masa untuk menguruskan kewangan kami sebelum kami mula mengotakan janji."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan