Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Belanjawan 2018 dibentang pada 19 Feb

Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Kenyataan Belanjawan Singapura 2018 di Parlimen pada 19 Februari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2018 dibentang pada 19 Feb

Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Bangunan Parlimen (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 01 Jan 2018 02:42PM Dikemas Kini : 01 Jan 2018 09:11PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan Kenyataan Belanjawan Singapura 2018 di Parlimen pada 19 Februari.

Dalam kenyataan medianya hari ini (1 Jan), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan ucapan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio. Siaran langsung itu juga boleh diikuti di laman Belanjawan Singapura.

Ia juga akan dimuat naik di laman Belanjawan Singapura selepas dibentangkan, menurut MOF.

Maklumat terkini pengumuman utama daripada Kenyataan Belanjawan akan dikemas kini di laman Facebook MOF dan akaun Twitter MOF.

REACH juga akan menganjurkan sesi soal jawab sebelum Belanjawan menerusi laman Facebooknya pada Khamis (4 Jan) dari 8.00 malam sehingga 9.00 malam, menurut kenyataan media itu lagi. Orang ramai digalakkan untuk menyertai sesi soal jawab secara langsung itu.

Warga Singapura juga boleh berkongsi pandangan mereka dengan mengunjungi Pondok Mendengar bagi Pra-Belanjawan 2018 yang disediakan di merata negeri.

Tempoh mengumpulkan maklum balas itu berakhir pada Jumaat (12 Jan).  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan