Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bazar LalooLalang himpunkan usahawan online dari S'pura dan M'sia

LalooLalang beri peluang kepada para usahawan yang mengendalikan pelbagai jenama yang sebelum ini hanya dipasarkan secara online, untuk berniaga secara terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, satu siri bazar yang menghimpunkan para usahawan dari Singapura dan Malaysia diperkenalkan.

Menerusi bazar yang diberi nama LalooLalang itu, pelbagai jenama yang sebelum ini hanya dipasarkan secara online, kini memberi peluang kepada para usahawan dari kedua-dua negara untuk berniaga secara terbuka dan bukan sahaja setakat online saja. 

Dan sempena bulan Ramadan ini, LalooLalang buat julung-julung kalinya juga melancarkan edisi Raya yang menjual pelbagai keperluan persiapan menjelang Lebaran. 

Pelakon dan pengacara tempatan Huda Ali, pemiliik hab online LalooLalang mengasaskan konsep niaga itu kerana ingin membantu usahawan muda untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. 

Hab online LalooLalang yang bermula tiga bulan lalu dirasmikan oleh tetamu terhormat, AP GRC Choa Chu Kang, Zaqy Mohamed petang tadi.

Encik Zaqy berkata: "Saya rasa ini menunjukkanlah bahawa semangat keusahawanan kita di Singapura memang baik dan sedang berkembang dan saya juga rasa memang itu platform yang baiklah di mana kita juga melihat ramai di antara masyarakat Melayu kita ataupun usahawan-usahawan kita sedang bergiat online ataupun di laman Internet, dan Facebook dan sebagainya."

Sambutan di luar dugaan menyebabkan Huda terpaksa menolak permohonan dari beberapa usahawan yang ingin menyertai Bazar LalooLalang edisi Raya ini.

Bazar LalooLalang ini bukan setakat untuk Lebaran saja. Bazar tersebut mungkin akan diperluaskan untuk memikat lebih ramai usahawan muda pada masa akan datang.

Sebahagian daripada hasil pendapatan dari edisi Raya Bazar LalooLalang itu akan didermakan kepada MKAC.  

Usahawan selebriti seperti Fatimah Mohsin, Diyana Halik yang baru sahaja melancarkan "DiyanaXFatimah", Rosita Husein dan Ariati Tayeb Papar juga menjual pelbagai koleksi baju dan aksesori untuk raya.  

Bazar selama tiga hari itu bermula semalam dengan sekitar 2000 yang hadir pada hari pertama dan sehingga 6 petang tadi.  

Para pembeli juga boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah dari Beijing 101 dan tiket penerbangan tajaan AirAsia.

Bazar LalooLalang terletak di The Ballroom @ East Coast dan akan berlangsung sehingga esok (5 Julai) sehingga jam 10 malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan