Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Bank of China, ICBC tawarkan khidmat PayNow di S'pura

Bank of China dan Bank ICBC akan memulakan khidmat saluran dana PayNow di Singapura mulai hari ini (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2018 02:05PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 11:24PM

SINGAPURA: Bank of China dan Bank ICBC akan memulakan khidmat saluran dana PayNow di Singapura mulai hari ini (9 Apr).

Kedua-dua bank itu, akan menyertai tujuh lagi bank - Citibank Singapore, DBS/POSB, HSBC, Maybank, OCBC, Standard Charted dan UOB - dalam menawarkan khidmat berkenaan, menurut Persatuan Bank-bank Singapura dalam satu kenyataan media.

PayNow membolehkan para pelanggan bank-bank yang menyertai khidmat tersebut untuk menyalurkan dana dari satu bank ke bank yang lain , menggunakan nombor telefon atau nombor NRIC/FIN Singapura.

Khidmat ini tidak lagi memerlukan para pengguna untuk mengetahui akaun bank penerima apabila melakukan saluran dana. Tiada caj bagi saluran yang dilakukan menerusi PayNow.

Setakat 31 Mac ini, lebih S$470 juta disalurkan menggunakan PayNow, yang mempunyai lebih 1.2 juta pemohonan. PayNow dilancarkan Julai tahun lalu.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan