Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Badan pemantau persaingan S'pura tetapkan langkah-langkah sementara gabungan Grab-Uber

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengeluarkan beberapa langkah sementara hari ini (13 Apr), sedang ia meneruskan siasatannya dalam pembelian Uber oleh Grab.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2018 07:52PM Dikemas Kini : 13 Apr 2018 09:40PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) mengeluarkan beberapa langkah sementara hari ini (13 Apr), sedang ia meneruskan siasatannya dalam pembelian Uber oleh Grab.

Langkah-langkah tersebut termasuk melarang Grab daripada mengambil alih data operasi Uber, seperti sejarah perjalanan, untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

Grab juga perlu memastikan pemandu-pemandu baru yang bersetuju untuk memandu menggunakan wadahnya tidak tertakluk pada kewajipan eksklusif.

Selain itu, Grab dan Uber harus mengekalkan kadar tambang dan komisyen pada paras sebelum kedua-dua syarikat bergabung.

CCCS turut menyatakan bahawa sebuah badan pemantau bebas akan dilantik untuk memastikan langkah-langkah sementara ini dipatuhi.

Pengumuman tersebut menyusuli kebimbangan CCCS sendiri mengenai gabungan tersebut, maklum balas daripada pihak ketiga dan semakan semula perwakilan bertulis syarikat-syarikat yang memberikan maklum balas kepada langkah-langkah sementara tersebut, yang disarankan badan pemantau persaingan pada 30 Mac lalu.

Langkah-langkah tersebut berkuat kuasa hari ini (13 Apr) sehingga "selesainya siasatan CCCS dan/ata huraian terhadap sebarang kebimbangan persaingan yang mungkin terbit daripada gabungan tersebut atau sebaliknya atau ditarik semula CCCS disebabkan perubahan penting dalam keadaan pasaran", menurut kenyataan media itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa aplikasi Uber di Singapura boleh terus digunakan sehingga 7 Mei, dan bukan lagi sehingga 15 April " bagi memastikan masa peralihan yang lebih lancar bagi pemandu serta penumpang".

Ini meskipun terdapat laporan bahawa Uber tidak lagi mempunyai modal dan tenaga kerja untuk meneruskan operasinya di Asia Tenggara.

CCCS menyatakan langkah-langkah tersebut dianggap perlu bagi menangani kebimbangan mengenai persaingan, termasuk pasaran khidmat kereta sewa privet yang dinikmati Grab hasil gabungannya dengan Uber. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan