Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AS tetapkan tarikh baru 2 Mac untuk kenaikan tarif terhadap China

Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat secara rasminya menukar tarikh yang ditetapkan untuk kenaikan tarif terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion (S$275 bilion), kepada jam 12.01 pagi EST (0501 GMT) pada 2 Mac 2019. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 04:53PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:31PM

WASHINGTON: Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat secara rasminya menukar tarikh yang ditetapkan untuk kenaikan tarif terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion (S$275 bilion), kepada jam 12.01 pagi EST (0501 GMT) pada 2 Mac 2019.

Keputusan tersebut dibuat pada Jumaat (14 Dis) sedang Amerika Syarikat dan China terus mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan dan hartanah intelektual.

Perubahan itu dibuat dalam satu pemfailan Pendaftaran Federal daripada satu tarikh yang ditetapkan iaitu pada 1 Jan 2019, untuk kenaikan sebanyak 25 peratus daripada 10 peratus.

Notis tersebut tidak menjejas kadar tarif sebanyak 25 peratus yang sudah ditetapkan pada barangan teknologi China bernilai AS$50 bilion (S$69 bilion), termasuk semikonduktor, papan-papan litar dan komponen-komponen elektronik yang lain, jentera dan kenderaan-kenderaan.

Pemfailan itu ditambah kepada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan siasatan "Section 301" USTR terhadap amalan-amalan hartanah intelektual China, yang sudah menjadi asas tarif-tarif Amerika Syarikat terhadap barangan China, sekali gus mengakibatkan China mengenakan tindak balas.

Perubahan itu diambil dek kerjasama baru antara Amerika Syarikat dengan China menyusuli mesyuarat antara Presiden Donald Trump dengan Presiden Xi Jinping pada 1 Dis, di Buenos Aires.

Bagaimanapun, kenyataan USTR tidak mendedahkan sebarang hasil yang dijangkakan daripada perundingan itu. Ia membuat rujukan kepada matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih untuk berunding selama tempoh 90 hari bagi perubahan berstruktur oleh China. Ini berkaitan pemindahan teknologi secara terpaksa, perlindungan harta intelektual, halangan bukan tarif, pencurian dan gangguan siber, serta perkhidmatan dan pertanian.

Notis USTR tidak menyebut langsung mengenai langkah-langkah China minggu ini untuk meneruskan semula penggantungan pembelian kacang soya Amerika Syarikat atau menggantung satu tarif sebanyak 25 peratus terhadap kenderaan-kenderaan yang dibuat dari Amerika dan bahagian-bahagian kereta.

Penangguhan secara rasmi kenaikan kadar tarif bagaimanapun tidak begitu melegakan sektor teknologi Amerika Syarikat. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan