Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Arab Saudi naikkan harga petrol hingga 126 peratus

Arab Saudi yang juga antara negara pengeksport petroleum terbesar dunia hari ini, mengumumkan kenaikan harga petrol tempatan di antara 80 hingga 126 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi naikkan harga petrol hingga 126 peratus

Gambar di sebuah stesen minyak Shell. (Gambar: Roslan Rahman/ AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2018 06:45PM Dikemas Kini : 01 Jan 2018 07:06PM

RIYADH: Arab Saudi yang juga antara negara pengeksport petroleum terbesar dunia hari ini, mengumumkan kenaikan harga petrol tempatan di antara 80 hingga 126 peratus.

Agensi berita kerajaan, SPA, melaporkan langkah itu bertujuan menjadikan penggunaan tenaga lebih efisien, sejajar pelan reformasi untuk merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada minyak.

Susulan pengumuman itu, minyak Ron 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (S$0.49) seliter, berbanding 0.75 riyal (S$0.27) sebelum ini sementara Ron 95 pada harga 2.04 riyal (S$0.73) seliter, berbanding 0.90 riyal (S$0.32) sebelum ini.

Beberapa pemandu tidak puas hati dengan langkah itu, tetapi sesetengah yang lain berkata keputusan itu adalah untuk kepentingan negara dan ekonominya.

Pada 20 Disember lalu, Raja Salman secara rasminya, mengumumkan tarikh sasaran menghapuskan defisit belanjawan kerajaan dilanjutkan kembali sehingga 2023, berbanding sasaran awal pada 2020, bagi mengurang tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Negara itu mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016, yang bertujuan meningkatkan tahap dan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan mencapai masa depan lebih kaya dengan pembangunan berdaya tahan.

Sumber : AFP/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan