Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple kesan masalah pada sesetengah iPhone, MacBook

Apple Inc pada Jumaat (9 Nov) menyatakan pihaknya mengesan beberapa isu yang menjejas sebahagian daripada iPhone X dan produk-produk MacBook Pro 13 inci.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple kesan masalah pada sesetengah iPhone, MacBook

Telefon bijak iPhone X dipamerkan di kedai Apple di Manhattan, New York (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 09:34AM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 09:38AM

Reuters: Apple Inc pada Jumaat (9 Nov) menyatakan pihaknya mengesan beberapa isu yang menjejas sebahagian daripada iPhone X dan produk-produk MacBook Pro 13 inci.

Syarikat tersebut menambah pihaknya akan membaiki masalah itu secara percuma.

iPhone X yang dilancarkan pada 2017, menurut Apple, boleh mengalami isu sentuhan akibat kegagalan sebuah komponen. Syarikat itu menyatakan ia akan menggantikan komponen itu secara percuma.

Bagi komputer MacBook Pro 13 inci pula, satu masalah mungkin menyebabkan kehilangan data dan kegagalan alat penyimpanan. Alat-alat yang terjejas akan diperbetulkan, menurut Apple lagi.

Dalam kenyataan di lamannya itu, Apple menjelaskan hanya jumlah terhad unit MacBook Pro 13-inci dengan alat penyimpanan bersaiz 128GB dan 256GB yang dijual antara Jun 2017 hingga Jun 2018 terjejas.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan