Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Anggaran awal: Harga flat jualan semula HDB susut 0.2% pada suku ketiga

Harga flat jualan semula bagi suku ketiga 2018 susut 0.2 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggaran awal: Harga flat jualan semula HDB susut 0.2% pada suku ketiga

Flat HDB di Tampines Avenue 9. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 09:50AM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 11:46PM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula bagi suku ketiga 2018 susut 0.2 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (1 Okt).

Indeks harga jualan semula - yang memberikan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran perumahan awam - dianggarkan susut dari 131.7 kepada 131.5.

Indeks harga jualan semula bagi seluruh suku ini akan dikeluarkan pada 26 Oktober.

HDB juga mengumumkan bahawa ia akan menawarkan sekitar 3,800 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Sembawang, Sengkang, Tampines, Tengah dan Yishun bagi pelancaran pada bulan depan.

Mereka yang membeli flat BTO di Sengkang dan Yishun akan menunggu bagi tempoh masa lebih pendek, iaitu sekitar dua tahun setengah, berbanding tiga atau empat tahun, menurut HDB. 

Penjualan Flat Baki juga akan ditawarkan pada November 2018. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan