Images
  • durian
    Gambar fail buah durian. (Gambar: AFP)

Alibaba meterai perjanjian dengan pembekal M'sia untuk eksport Musang King

KUALA LUMPUR: Syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, menjalin kerjasama strategik dengan pembekal durian tempatan bagi pengeksportan Musang King beku ke China.

Platform beli-belah dalam talian Alibaba, Tmall, bersama dengan pembekal makanan segarnya, Win-Chain, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BEHO Fresh Sdn Bhd dari Malaysia dan China Certification Inspection Group Malaysia (CCIC) bagi inisiatif tersebut.

"Perjanjian itu menunjukkan usaha Alibaba untuk memanfaatkan kuasa e-dagang dan ekosistemnya yang dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan eksport pertanian Malaysia," menurutnya.

Alibaba menyatakan di bawah kerjasama strategik itu, pembekal durian BEHO Fresh akan membekalkan durian Musang King beku kepada Win-Chain untuk pengedaran di Tmall dan pasaran runcit China lain yang dimiliki oleh Alibaba.

Sementara itu, menurut CCIC, syarikat pemeriksaan bebas yang ditauliahkan oleh Penyelia Kualiti Pentadbiran Negeri China, Pemeriksaan Kuarantin dan Pentadbiran Pensijilan Akreditasi China akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kebolehpercayaan produk untuk memastikan buah-buahan yang dibekalkan kepada Win-Chain memenuhi piawai kawalan kualiti negara.

- BERNAMA/AI/ai

Top