Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Alibaba Group buka pejabat baru di M'sia

Syarikat e-dagang terbesar China, Alibaba Group Holding Ltd. membuka pejabat barunya di Malaysia secara rasmi hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Alibaba Group buka pejabat baru di M'sia

(Gambar fail: Reuters/Steven Shi)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 05:19PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 05:23PM

KUALA LUMPUR: Syarikat e-dagang terbesar China, Alibaba Group Holding Ltd. membuka pejabat barunya di Malaysia secara rasmi hari ini (18 Jun).

Menurut Utusan Online, pejabat baru yang bertempat di Kuala Lumpur itu dilancarkan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma.

Turut hadir adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Pembukaan pejabat itu menandakan fasa baru kerjasama strategik antara Alibaba Group dengan Malaysia, tambah Utusan Online.

Selain berfungsi sebagai ‘pusat penyelesaian sehenti’, pejabat itu akan bertindak sebagai penghubung kepada rakan niaga sedia ada dan membantu jenama Malaysia, peruncit, ahli perniagaan mahupun rakan kongsi kerajaan mendapatkan akses dan peluang yang ditawarkan China serta dunia dalam bidang e-dagang.

Utusan Online juga melaporkan, di majlis tersebut, Alibaba Group turut melancarkan kempen ‘Malaysia Week’, satu inisiatif dalam talian yang akan mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan tempatan bermula 6 hingga 12 Julai.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan