Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

744 kereta Toyota Prius ditarik balik di S'pura kerana risiko kemalangan

Sebanyak 744 kereta Toyota Prius di Singapura ditarik balik disebabkan masalah  yang boleh meningkatkan risiko kereta berkenaan terlibat dalam kemalangan.

Anggaran Waktu Membaca:
744 kereta Toyota Prius ditarik balik di S'pura kerana risiko kemalangan

Beberapa model kenderaan hibrid Toyota Prius dan Auris yang ditarik balik dihasilkan dari Oktober 2008 hingga November 2014. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 10:37PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 10:41PM

SINGAPURA: Sebanyak 744 kereta Toyota Prius di Singapura ditarik balik disebabkan masalah yang boleh meningkatkan risiko kereta berkenaan terlibat dalam kemalangan.

Arahan untuk menarik balik model kenderaan itu, menjejas 2.4 juta kereta hibrid di dunia, dan dikeluarkan hari ini (5 Okt). Beberapa model kenderaan hibrid Toyota Prius dan Auris yang terjejas dihasilkan dari Oktober 2008 hingga November 2014.

Dalam satu emel yang dikirimkan kepada Mediacorp, Borneo Motors iaitu pengedar rasmi Toyota di Singapura menyatakan bahawa 744 kereta Toyota Prius di Singapura terjejas akibat terbaru itu.

Borneo Motors juga sudah menghubungi para pelanggan dan rakan-rakan komersil bagi memastikan masalah pada kenderaan yang terjejas akan diperbaiki apabila kemaskini pada sofwe disediakan.

"Kami komited sepenuhnya dan menganggap perkara itu sebagai amat penting kerana keselamatan para pemandu dan pelanggan kekal menjadi keutamaan kami," menurut Borneo Motors.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota seperti yang ditukil oleh Reuters, syarikat pengeluar kereta yang berpangkalan di Jepun itu menyatakan bahawa masalah tersebut berlaku apabila kereta-kereta gagal memasuki "mod memandu selamat seperti yang diharapkan".

"Jika ini berlaku, kenderaan itu boleh hilang kuasa dan berhenti. Meskipun stering dan brek dapat terus beroperasi, kenderaan yang mati semasa dipandu dengan had kelajuan yang tinggi boleh meningkatkan risiko kenderaan itu terlibat dalam kemalangan," menurut Toyota. Tiga kerosakan berhubung isu itu sudahpun dilaporkan di Jepun, namun tidak menyebabkan sebarang kemalangan.

Arahan untuk menarik balik model hibrid Prius dan Auris dikeluarkan sebulan selepas Toyota mengumumkan bahawa ia akan menarik balik lebih sejuta kereta hibrid dari seluruh dunia disebabkan masalah yang mencetuskan risiko kebakaran.

Sekitar 1.03 juta kenderaan hibrid juga ditarik balik pada bulan lalu, menjejas 4,115 kereta Toyota Prius di Singapura.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan