Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

700 syarikat logistik raih manfaat guna teknologi digital dan percepat transformasi perniagaan

Lebih 700 syarikat logistik dijangka meraih manfaat daripada satu rancangan yang akan membantu mereka menggunakan teknologi digital dan mempercepat transformasi perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Oct 2018 09:54PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 10:07PM

SINGAPURA: Lebih 700 syarikat logistik dijangka meraih manfaat daripada satu rancangan yang akan membantu mereka menggunakan teknologi digital dan mempercepat transformasi perniagaan.

Rancangan tiga tahun itu dilancarkan hari ini (3 Okt) oleh Persatuan Logistik Singapura. Ia bertujuan mendapatkan syarikat logistik, khususnya syarikat yang kecil dan sederhana, untuk mempercepatkan transformasi digital dan perniagaan.

Di acara Forum Logistik Singapura hari ini (3 Okt), mereka daripada masyarakat peniaga akur sedang syarikat-syarikat besar sudah melaksanakan huraian digital, perniagaan kecil memerlukan bantuan yang lebih untuk mengakses maklumat yang sama memandangkan syarikat-syarikat besar mempunyai sumber-sumber yang lebih besar.

Makanya, Persatuan Logistik Singapura kini bekerjasama dengan anggota-anggota Perikatan Logistik yang lain bagi menyediakan platform untuk menghubungkan penyedia teknologi dengan syarikat-syarikat kecil.

Menteri Negara Kanan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan,
Dr Koh Poh Koon, turut menggesa para peniaga menggunakan teknologi dan meraih manfaat sepenuhnya melihat kepada kedudukan Singapura sebagai hab pengangkutan kapal.

Lebih daripada 90 peratus kos projek akan disokong oleh Enterprise Singapore.  

Sumber : CNA/UR/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan