Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

7 firma teknologi ‘buka pintu’ kepada karyawan pertengahan kerjaya

Sebanyak tujuh syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan membuka pintu kepada para pemohon kerja pertengahan kerjaya teknologi infokom (ICT) sebagai sebahagian daripada program perintis baru.

Anggaran Waktu Membaca:
7 firma teknologi ‘buka pintu’ kepada karyawan pertengahan kerjaya

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2017 04:14PM Dikemas Kini : 26 Oct 2017 12:01AM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan membuka pintu kepada para pemohon kerja pertengahan kerjaya teknologi infokom (ICT) sebagai sebahagian daripada program perintis baru yang dibangunkan secara bersama oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG), menurut satu kenyataan bersama hari ini (25 Okt).

Program perintis Pemecut TechSkills (TeSA) itu memberi peluang kepada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas untuk menjalankan projek-projek jangka pendek di EverComm, PropertyGuru, Sea, Shoppee, Taiger, Trakomatic dan Zalora. Pekerjaan yang ditawarkan itu akan merangkumi pelbagai sektor seperti kecerdasan buatan, teknologi bersih, e-dagang runcit, hartanah dan khidmat logistik.

Sebanyak 30 jawatan disediakan bagi pekerjaan berdasarkan projek jangka pendek dalam bidang-bidang seperti pembangunan perniagaan, pegurusan projek dan pembangunan sofwe. Projek-projek berkenaan adalah antara tiga dengan enam bulan.

Program perintis itu membolehkan mereka yang sedang mencari pekerjaan "mengalami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang bergerak pantas dan dinamik" serta membantu syarikat-syarikat "meluaskan lagi bekalan bakat dan membolehkan karyawan yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan tentang domain ataupun teknologi untuk berpindah ke peranan-peranan baru dalam syarikat-syarikat teknologi," menurut kenyataan tersebut.

Golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) yang berminat untuk menyertai program itu boleh mendaftar di pusat-pusat kerjaya di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan WSG, di mana para jurulatih kerjaya sedia memberi nasihat dan memadankan mereka dengan peranan-peranan yang sesuai dengan kemahiran mereka.

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan