Images
  • rotterdam
    Perusahaan marin luar pesisir dan logistik membentuk sebahagian besar syarikat-syarikat Singapura di Belanda.

60 firma S'pura tembusi pasaran Belanda

SINGAPURA: Lebih 60 syarikat Singapura kini bertapak di negara Belanda, iaitu destinasi pelaburan Eropah terbesar bagi negara ini, dengan pelaburan bernilai lebih daripada S$100 bilion.

Perusahaan-perusahaan marin luar pesisir dan logistik membentuk sebahagian besar syarikat-syarikat Singapura di negara Belanda.

Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menyatakan perjanjian-perjanjian yang dimeterai baru-baru ini boleh merintis jalan bagi lebih banyak firma Singapura memasuki pasaran Belanda.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di bandar pelabuhan Rotterdam misalnya mengakui bahawa dasar properniagaan Belanda memudahkan lagi syarikat-syarikat Singapura mengembangkan perniagaan di negara itu.

Industri-industri baru yang boleh diterokai adalah dalam bidang teknologi dan pembangunan mampan.

Menurut persekutuan itu lagi, Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura yang dimeterai pada Oktober lalu memberi isyarat kuat bahawa Belanda komited untuk berurusan dengan firma-firma Singapura.

- CNA/MM/ai

Top