Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

6 pihak buat bidaan setakat ini bagi Projek HSR Kuala Lumpur-S'pura

MyHSR Corporation Sdn Bhd menarik enam pembida yang berpotensi untuk tender AssetsCo bagi Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
6 pihak buat bidaan setakat ini bagi Projek HSR Kuala Lumpur-S'pura

Konsep reka bentuk bagi stesen Muar di laluan HSR KL-S'pura. (Gambar fail: MyHSR)

Diterbitkan : 11 Apr 2018 07:28PM Dikemas Kini : 11 Apr 2018 07:29PM

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd menarik enam pembida yang berpotensi untuk tender AssetsCo bagi Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata tender itu dilancarkan pada Disember tahun lalu dan pembida dijangka mengemukakan cadangan mereka menjelang Jun depan.

Enam bulan lagi diperlukan untuk penilaian, dengan pemenang akan diumumkan pada Disember, kata beliau semasa sidang akhbar sempena Persidangan Rangkaian Perbekalan Rantaian Nasional Mengenai Projek Kereta Api di sini, hari ini (11 Apr).

Menurut laman web MyHSR, tanggungjawab AssetsCo termasuk membina, membiayai dan menyelenggara semua aset kereta api serta menyelaraskan keupayaan rangkaian operasi untuk keperluan operasi dan penyelenggaraan.

"Setakat ini, enam pembida yang berpotensi mendaftar dan membeli dokumen tender, namun kami tidak dapat memberitahu pada masa ini berapa banyak cadangan yang kami akan terima kerana mungkin berlaku penggabungan.

"Tetapi kami berharap semua pembida akan mengemukakan cadangan sebanyak mungkin agar kami memperoleh nilai terbaik," kata Datuk Mohd Nur Ismal.

Beliau berkata, enam pembida terbabit adalah konsortium dari China, Jepun, Korea Selatan dan negara Eropah, serta satu kumpulan dari Singapura dan Malaysia.

Menurut beliau lagi, tender itu masih terbuka dan mana-mana pembida yang berpotensi masih boleh mengemukakan tawaran sebelum akhir Jun.

Mengenai laporan yang pembangkang mungkin membatalkan projek kereta api jika ia memenangi pilihan raya akan datang, beliau berkata, Malaysia sudah menandatangani perjanjian dua hala dengan Singapura berkaitan projek itu.

Beliau berkata, ia adalah perjanjian yang sah dan sebarang pembatalan dan kelewatan projek itu akan mencetuskan isu pampasan.

Datuk Mohd Nur Ismal berkata, projek mega itu akan memberikan faedah besar dan tidak boleh digugurkan, kerana ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM650 bilion (S$219 bilion) dalam tempoh lebih 50 tahun dan mewujudkan 442,000 pekerjaan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan