Images
  • facebook (2)
    (Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

29 juta data pengguna Facebook terjejas

SAN FRANCISCO: Facebook Inc mengumumkan pada Jumaat (12 Okt) bahawa para penyerang siber mencuri data dari 29 juta pemilik akaun Facebook, menggunakan program yang berpindah secara automatik dari satu akaun ke akaun lain.

Syarikat media sosial itu menyatakan pencurian data terbesar yang pernah dialaminya itu bagaimanapun menjejas kurang daripada 50 juta profil yang dilaporkan pada awalnya.

Facebook menyatakan, semua pemilik akaun terjejas akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa hari lagi tentang jenis maklumat yang diakses dalam serangan siber berkenaan.

Menurut pakar keselamatan siber dan penganalisis kewangan, pencerobohan itu menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada serangan memancing data.

Selain itu, ia juga meningkatkan keraguan pengguna apabila memuat naik kandungan, sedang amalan privasi dan keselamatan dipertikaikan, ekoran satu siri skandal membabitkan laman media sosial itu.

Penyerang siber dilaporkan mengambil data peribadi seperti tarikh lahir, majikan, kelayakan pendidikan, pilihan agama, jenis peranti yang digunakan, laman web yang sering dilayari, pencarian terkini dan lokasi daftar masuk milik 14 juta pengguna Facebook.

Bagi 15 juta lagi pengguna Facebook, pencerobohan hanya membabitkan nama dan butiran hubungan. 

- Reuters/EM/ai

Top