Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

2 kereta api baru adalah antara 12 yang baru dibeli

Dua kereta api baru mula beroperasi hari ini (30 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Sep 2018 10:00PM Dikemas Kini : 30 Sep 2018 10:05PM

SINGAPURA: Dua kereta api baru mula beroperasi hari ini (30 Sep).
Kedua-duanya adalah sebahagian daripada 12 kereta api baru yang dibeli Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kesemuanya akan digunakan di rangkaian kereta api tertua iaitu Laluan Utara-Selatan (NSL)dan Laluan Timur Barat (EWL).

Permulaan operasi dua kereta api baru itu hari ini disambut sekumpulan para peminat kereta api yang sanggup bangun awal pagi tadi untuk menaiki kereta api itu.

Bahagian luarnya mempunyai jalur merah dan hijau sepadan dengan warna laluan kereta api.

Bahagian dalamnya pula mempunyai beberapa ciri khas seperti tempat duduk yang boleh dilipat.

Pada waktu sibuk sebelah pagi dan petang, tempat duduk boleh dinaikkan oleh pengendali kereta api bagi menyediakan lebih banyak ruang untuk para penumpang berdiri.

12 kereta api baru itu akan mula digunakan secara bertahap-tahap pada rangkaian kereta api itu menjelang awal tahun depan.

Ini bermakna secara keseluruhannya khidmat Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat akan mempunyai 198 kereta api.

Jumlah tersebut tiga kali lebih banyak berbanding ketika dua laluan itu mula beroperasi pada 1987.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan