Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Bahasa: Dana kedwibahasaan boleh dimanfaat tahun ini

'Bahasa Ilmu, Bahasa Budaya dan Bahasa Mesra' - itulah tema untuk Bulan Bahasa tahun ini yang akan dilancarkan pada 3 dan 4 September di Muzium Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Feb 2016 08:03PM Dikemas Kini : 02 Sep 2016 12:11PM

SINGAPURA: 'Bahasa Ilmu, Bahasa Budaya dan Bahasa Mesra' - itulah tema untuk Bulan Bahasa tahun ini yang akan dilancarkan pada 3 dan 4 September di Muzium Negara.

Buat julung-julung kalinya, Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew disediakan tahun ini untuk dimanfaatkan pihak sekolah dan rakan kerjasama.

Dalam sesi taklimat semalam (26 Feb), Pengerusi Bulan Bahasa yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam mendedahkan badan-badan yang akan bekerjasama untuk menyemarakkan kegiatan Bulan Bahasa 2016.

Tahun ini, pihak sekolah dan rakan kerjasama boleh memanfaatkan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.

Penggiat bahasa, Fauzani Kamsani berkata: "Apa yang saya dapat jangkakan melalui dana ini sebenarnya, kita dapat melakukan kegiatan seperti penceritaan untuk kanak-kanak ataupun boleh juga dilakukan aktiviti-aktiviti bahasa yang lain sebenarnya yang dapat memanfaatkan masyarakat secara umumnya."

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Fuchun, Yahya Hamid, berkata: "Sebagai MAEC, kita di suatu kawasan yang tentunya banyak sekolah-sekolah atau ada kerjasama yang baik. Tentunya kita mudah untuk mendapat sokongan dari pihak-pihak sekolah."

Seperti tahun-tahun sudah, pelbagai kegiatan akan dianjurkan pada Bulan Bahasa, termasuk di estet-estet kejiranan.

Tumpuan kali ini, menurut Cik Rahayu, adalah lebih kepada peningkatan mutu dalam kegiatan yang dianjurkan serta elemen-elemen kreatif.

"Kami juga ingin melihat bagaimana kita boleh menonjolkan Bahasa Melayu itu sebagai satu bahasa kebangsaan yang boleh menjalinkan bangsa-bangsa dalam negara, kita bukan sahaja untuk mereka yang berbangsa Melayu, tetapi juga mereka yang berbangsa bukan Melayu agar dapat melibatkan diri dalam aktiviti Bulan Bahasa 2016.," kata Cik Rahayu.

Kegiatan Bulan Bahasa tahun ini akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 15 Oktober.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan