Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak 'kaki tin' di Syria akhirnya jalani kehidupan seperti kanak-kanak lain

Baru berusia lapan tahun, kanak-kanak bernama Maya Merhi ini terpaksa menjalani liku-liku kehidupan kerana dilahirkan tanpa sepasang kaki dan terpaksa menggunakan tin yang diisi dengan kapas dan kain sebagai kaki palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 'kaki tin' di Syria akhirnya jalani kehidupan seperti kanak-kanak lain

(Gambar: Aaref Watad/AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 09:38AM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 09:41AM

SERJILLA: Baru berusia lapan tahun, kanak-kanak bernama Maya Merhi ini terpaksa menjalani liku-liku kehidupan kerana dilahirkan tanpa sepasang kaki dan terpaksa menggunakan tin yang diisi dengan kapas dan kain sebagai kaki palsu.

Namun, kanak-kanak yang tinggal di sebuah kem pelarian itu boleh bermain seperti kanak-kanak lain selepas mendapat kaki palsu dan menjalani rawatan di Turki.

Gambar-gambar yang merakam kesengsaraannya, termasuk yang dipetik AFP di Syria, menarik perhatian masyarakat dunia pada Jun lalu. Dia kemudian dibawa ke Istanbul untuk menjalani satu prosedur yang merubah kehidupannya.

Memakai baju berwarna merah jambu dan sepasang kasut, Maya buat pertama kalinya dapat berjalan di tapak kem Serjilla selepas pulang daripada rawatannya.

Akhirnya, dia boleh menari dan menyertai permainan-permainan bersama kanak-kanak lain.

(Gambar: Aaref Watad/AFP)

(Gambar-gambar: Aaref Watad/AFP)

"Saya gembira melihatnya berjalan," kata ayah Maya, Encik Mohammed, sambil duduk di bawah khemah kem tersebut.

"Seisi keluarga dan para kenalan kami begitu bahagia sekali."

Encik Mohammed turut mengalami masalah kesihatan sama seperti puterinya, yang dikenal pasti sebagai satu kecacatan kongenital di mana pesakit dilahirkan tanpa sepasang kaki.

Beliaulah yang berusaha untuk menyerikan kehidupan anaknya dengan membuat satu kaki palsu yang diperbuat daripada tin.

(Gambar: Aaref Watad/AFP)

Berasal dari kawasan Aleppo, ayah dan kanak-kanak itu terpaksa berpindah ke wilayah Idlib sedang pertempuran dalam perang saudara Syria berlaku di tempat tinggal mereka.

Selepas gambar-gambar Maya tersebar di wadah online, pasukan Bulan Sabit Merah Turki menghulurkan bantuan.

Maya dan Encik Mohammed dipindahkan dari Syria oleh pihak berkuasa Turki dan dibawa ke Istanbul untuk menjalani rawatan di sebuah klinik khas.

Encik Mohammed juga mendapat sepasang kaki palsu. Namun beliau mengatakan belum lagi dapat menyesuaikan diri menggunakan alat tersebut seperti anaknya.

Duduk di atas satu tilam, Maya membuka satu bungkusan yang mengandungi kaki palsu itu lalu memasangnya.

"Satu permulaan yang sukar bagi mereka kerana mereka perlu menyesuaikan diri memakai kaki palsu ini," kata pak cik Maya, Encik Hussein, yang menemani mereka ke Turki.

"Yang pasti beliau kini girang kerana dapat kaki palsu."  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan