Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

A&W buka cawangan di Jewel Changi selepas 16 tahun menghilang

Selepas 16 tahun tidak menapak di Singapura, syarikat makanan segera gergasi Amerika, A&W Restaurants, kembali ke sini dengan pembukaan rasmi Jewel Lapangan Terbang Changi hari ini (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
A&W buka cawangan di Jewel Changi selepas 16 tahun menghilang

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 07:39PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 07:43PM

SINGAPURA: Selepas 16 tahun tidak menapak di Singapura, syarikat makanan segera gergasi Amerika, A&W Restaurants, kembali ke sini dengan pembukaan rasmi Jewel Lapangan Terbang Changi hari ini (11 Apr).

Terletak di Besmen 2 kompleks baru itu, cawangan A&W itu boleh menampung 80 orang pada satu-satu masa dan beroperasi 24 jam sehari.

"Kami berbesar hati untuk kembali ke pasaran Singapura dan menawarkan hidangan klasik berserta hidangan kegemaran dari merata dunia untuk memenuhi citarasa pengunjung antarabangsa dan selera warga Singapura yang sudah berubah," kata pengarah Pemasaran dan Perhubungan Kelvin Tan dalam satu kenyataan media.

Hidangan klasik yang dikembalikan termasuk minuman ikonik root beer A&W dalam cawan sejuk (S$2.90), Coney Dog Lembu atau Ayam (S$5.20) dan Kentang Goreng Kerinting (Curly Fries) (S$3.60).

Root Beer Float (S$3.50) dan Ais Krim Waffle (S$7.90) turut dijual.

Sementara itu hidangan yang diperkenalkan buat kali pertama di Singapura termasuk Burger Ayam/Lembu Keju Krim (Cream Cheese Chicken/Beef Burger) (S$7.90) yang popular di Okinawa, Jepun, dan the Ayam Golden Aroma (dari S$3.20) yang ditawarkan restoran A&W Indonesia.

A&W pertama kali dibuka di Singapura sebelum nama-nama besar lain seperti McDonald’s dan KFC menjejakkan kaki di pasaran ini. Cawangan pertama dibuka pada 1966 di Dunearn Road.

Francais tersebut juga membuka restoran 'drive-in' pertama Singapura di Bukit Timah Road pada 1970. Namun setelah berdekad-dekad di sini, rangkaian restoran makanan segera itu, yang ketika itu mempunyai lima restoran di sini, menarik diri dari pasaran Singpaura pada 2003.

Diasaskan pada 1919 oleh Roy Allen, rangkaian restoran A&W kini mempunyai hampir 1,000 francais di 10 negara dan wilayah. Syarikat itu membuka pejabat korporat di Singapura baru-baru ini bagi mengendalikan 370 restoran serantau, termasuk di Bangladesh, Indonesia, Okinawa, Malaysia dan Thailand.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan