Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama... Rahayu Mahzam

Kebanyakan ibu yang berkerja perlu mengimbangi di antara kerjaya dan tanggungjawab rumahtangga mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama... Rahayu Mahzam

Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam. (Gambar: Rahayu Mahzam/Instagram)

BERITAMediacorp: Kebanyakan ibu yang berkerja perlu mengimbangi di antara kerjaya dan tanggungjawab rumahtangga mereka. Namun bagaimana pula jikalau ibu tersebut harus mengimbangi di antara tiga tugasan yang berat - iaitu menjadi seorang ibu, peguam dan seorang Anggota Parlimen (AP). Itulah yang dilakukan oleh ‘ibu baru’, Cik Rahayu Mahzam!

Cik Rahayu tahun ini mencatat sejarah kerana beliau merupakan wakil rakyat Melayu tempatan yang pertama melahirkan anak sulung, ketika memegang jawatan sebagai AP.

Dalam ruangan ‘5 Soalan Bersama…’ minggu ini, wartawan Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid bersembang dengan Cik Rahayu untuk mencungkil pengalaman harian beliau selepas melahirkan anak sulungnya itu, serta mendengar pandangan beliau tentang isu-isu berkenaan masyarakat Melayu kita.

(Ayden bersama ibunya, Cik Rahayu Mahzam, ketika ditemui di rumah beliau. Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

SOALAN 1

Ummu: Anda sudah mempunyai seorang anak, bagaimana rutin harian anda dalam mengimbangi peranan anda sebagai seorang ibu dan pada masa yang sama bertugas sebagai seorang peguam dan Anggota Parlimen?

Rahayu: Rutin harian saya merupkan satu cabaran bagi saya kerana saya tidak tahu bagaimana ibu-ibu di luar boleh melakukannya! Dahulu memang sudah sibuk dan kini ada perkara-perkara baru yang saya harus buat, menambahkan masa sedikit dalam rutin harian.

Kini selain daripada menjadi seorang AP dan peguam, saya juga seorang ibu kepada Ayden, jadi kadang saya curi-curi masa ketika anak saya sedang tidur untuk membalas emel dan membuat kerja yang lain. Jadi rutin harian saya ialah, pada sebelah pagi saya akan menjaga Ayden, kemudian pada waktu tengah hari saya akan pergi kerja ke firma guaman saya atau ke Mahkamah bagi menguruskan kes-kes tertentu dan pada masa yang sama juga saya perlu melakukan kerja-kerja saya sebagai seorang Anggota Parlimen. Sama ada dengan memberikan respons kepada emel-emel yang saya terima daripada penduduk GRC sehingga acara-acara yang saya harus hadiri.

Namun, sejauh ini perubahan dalam rutin harian semakin seronok, saya mempelajari perkara-perkara baru yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

(Cik Rahayu bersama anaknya Muhamad Ayden. Gambar: Rahayu Mahzam/Instagram)

SOALAN 2

Ummu: Di antara 3 peranan ini, yang mana satukah yang paling mencabar buat anda?

Rahayu: Pada pendapat saya dalam ketiga-tiga peranan ini, menjadi seorang ibu merupakan sesuatu yang paling mencabar, dan saya berpendapat bahawa ia merupakan sesuatu yang biasa dirasakan oleh setiap ibu yang bekerja untuk rasa ‘sayang’ apabila ingin meninggalkan anak kecil mereka apabila mereka pergi ke kerja.

SOALAN 5

Ummu: Dalam 10 tahun akan datang, apakah yang anda harap masyarakat Melayu kecapi?

Rahayu: Saya mempunyai visi tentang masyarakat Melayu yang bersatu, yang menerima bahawa kita semua berbeza, perbezaan dalam pelbagai aspek, namun boleh untuk berdiri bersama. Visi masyarakat ideal saya ialah untuk mencapai sebuah masyarakat yang sihat, yang berhemah, peduli dan berjaya untuk berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain dalam komuniti ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan