Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rakyat S'pura dikhuatiri maut akibat nahas bot di California

Dua rakyat Singapura dikhuatiri maut selepas sebuah kapal penyelaman skuba terbakar lalu karam di perairan California di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakyat S'pura dikhuatiri maut akibat nahas bot di California

Seramai 34 orang terkorban dalam nahas melibatkan bot 'Conception', yang berlaku pada awal pagi Isnin (2 Sep). (Gambar: Jabatan Bomba Santa Barbara County/Reuters)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 12:55PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 12:59PM

SINGAPURA: Dua rakyat Singapura dikhuatiri maut selepas sebuah kapal penyelaman skuba terbakar lalu karam di perairan California di Amerika Syarikat.

Seramai 34 orang terkorban dalam nahas melibatkan bot 'Conception', yang berlaku pada awal pagi Isnin (2 Sep). Kesemua mayat rentung kecuali satu sudahpun ditemui, kata para pegawai Amerika Syarikat.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (5 Sep), pihak berkuasa menyatakan bahawa nama dua rakyat Singapura disenaraikan sebagai penumpang bot Conception itu.

Amerika Syarikat sedang menjalankan operasi mencari dan mengenal pasti identiti para mangsa, menurut MFA.

"Konsulat-Jeneral Singapura di San Francisco sedang berurusan dengan pihak berkuasa tempatan dan sudah mengerahkan seorang pegawai ke lokasi bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dua rakyat Singapura itu," menurutnya.

MFA menyatakan bahawa ia juga sedang berurusan dengan anggota keluarga kedua-dua mangsa rakyat Singapura itu bagi menghulurkan bantuan.

Kapten bot berkenaan dan empat anak kapal merupakan antara mereka yang terselamat.

Mereka berada di dek kapal apabila kebakaran itu berlaku sejurus selepas 6.00 petang waktu Singapura dan berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan bot keselamatan, kata para penyiasat Amerika.

Kesemua 34 mangsa, termasuk para penumpang dan seorang anak kapal, sedang tidur apabila nahas berlaku.

Menurut Syerif Santa Barbara County, Bill Brown, bot itu mempunyai dua laluan keluar namun kebakaran itu mungkin menghalang kedua-dua laluan keluar berkenaan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan