Skip to main content

Iklan

Iklan

MHA siasat cawangan kumpulan agama tidak berdaftar Shincheonji dari Korea Selatan

Lima rakyat Korea Selatan dan dua rakyat Singapura sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan terhadap cawangan kumpulan agama yang tidak berdaftar, Shincheonji Church of Jesus (SCJ) yang berpangkalan di Korea Selatan.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2020 08:54PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 11:24PM

SINGAPURA: Lima rakyat Korea Selatan dan dua rakyat Singapura sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan terhadap cawangan kumpulan agama yang tidak berdaftar, Shincheonji Church of Jesus (SCJ) yang berpangkalan di Korea Selatan.

Ia dituduh menggunakan penipuan dan paksaan untuk menipu orang ramai agar menjadi anggota mereka.

Bercakap kepada pihak media pada Jumaat (28 Feb), Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menegaskan rakyat Singapura mempunyai kebebasan untuk beragama di sini, asalkan ia tidak melibatkan jenayah.

"Namun begitu apabila kami fikir ia sudah menjadi satu jenayah atau berpotensi menjadi isu keselamatan awam, maka kami akan mula menelitinya dan itulah yang berlaku di sini," kata beliau.

Ada sebab untuk mempercayai bahawa ada orang "dikelirukan dan ditipu untuk melakukan tindakan tertentu", dan kumpulan agama itu berada di sebalik kegiatan-kegiatan itu "meskipun mereka berselindung di sebalik syarikat-syarikat untuk menjalankan tindakan mereka", kata Encik Shanmugam.

Tahap ancaman "tidak tinggi" kerana ia ditangani dengan "agak cepat" tetapi kegiatan-kegiatan ini akan "memudaratkan masyarakat awam lebih luas" jika dibenarkan berterusan, tambahnya.

SCJ telah mengasaskan dua syarikat dan telah membuat permohonan untuk mendaftar syarikat yang ketiga di Singapura.

Syarikat-syarikat itu bertindak sebagai "pelindung" kepada gereja tersebut, yang menyasarkan untuk menarik penganut muda Kristian serta anak muda bagi menyertai kumpulan mereka.

Salah satu daripada syarikat itu telah menyewakan sebuah tempat yang digunakan sebagai kuil bagi anggota kumpulannya.

Apabila para anggota menyertai kumpulan itu, mereka diminta untuk mematuhi arahan ketat dan menyembunyikan kewujudan tempatan SCJ.

MHA menyatakan ia telah mempercepatkan siasatan ke atas SCJ kerana terdapat laporan mengaitkan gereja itu kepada virus COVID-19 di Daegu, Korea Selatan.

Namun, siasatan menunjukkan anggota SCJ tidak berhubungan rapat atau mendekati mana-mana penganut dari kelompok Daegu.

"Pandangan kami ialah terdapat beberapa tindakan yang kemungkinan termasuk kategori jenayah, namun ia sedang disiasat. Namun yang penting adalah seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan MHA, apa yang kami telah maklumkan kepada orang awam ialah orang-orang muda telah dibawa terlibat sama.

"Syarikat-syarikat barisan hadapan telah digunakan untuk menyelindung identiti sebenar pertubuhan tersebut. Mereka telah dibawa masuk dengan penipuan. Jadi saya rasa ada perkara memang sudah berlaku namun tidak seharusnya berlaku," kata Encik Shanmugam lagi. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan