Skip to main content

Iklan

Iklan

Menteri Jerman bunuh diri ekoran 'kebimbangan krisis virus'

Menteri Kewangan Hesse di Jerman, membunuh diri selepas dilihat ‘terlalu bimbang’ tentang cara untuk mengatasi kesan virus korona ke atas ekonomi menyusuli penularan wabak, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, pada Ahad (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Jerman bunuh diri ekoran 'kebimbangan krisis virus'

Encik Thomas Schaefer.

Diterbitkan : 30 Mar 2020 09:45AM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 09:50AM

FRANKFURT AM MAIN: Menteri Kewangan Hesse di Jerman, membunuh diri selepas dilihat ‘terlalu bimbang’ tentang cara untuk mengatasi kesan virus korona ke atas ekonomi menyusuli penularan wabak, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, pada Ahad (29 Mac).

Encik Thomas Schaefer, 54 tahun, ditemui mati berdekatan sebuah landasan kereta api, pada Sabtu (28 Mac), dan pejabat pendakwa raya Wiesbaden percaya bahawa beliau membunuh diri.

“Kami terkejut, berasa tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih,” kata Encik Bouffier dalam satu rakaman kenyataan.

Ibu kota Jerman, Frankfurt, terletak di Hesse. Frankfurt menempatkan ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank. Bank Pusat Eropah juga terletak di sana.

Encik Bouffier memaklumkan, Encik Schaefer yang merupakan Menteri Kewangan Hesse sejak 10 tahun lalu, bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

“Hari ini, kami terpaksa mengandaikan bahawa beliau terlalu bimbang, menurutnya yang juga sekutu rapat kepada Canselor, Angela Merkel.

“Inilah benar-benar masanya kami memerlukan seseorang seperti beliau,” tambahnya.

Encik Schaefer yang popular dan dihormati ramai, telah sekian lama disebut-sebut sebagai mungkin menjadi pengganti kepada Encik Bouffier.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan