Skip to main content

Iklan

Iklan

Membina sifat daya tahan dalam masyarakat antara tumpuan MUIS tahun ini: Masagos

Membina sifat daya tahan dalam masyarakat dan memastikan masa depan masyarakat terjamin selepas krisis COVID-19 adalah dua bidang kerja yang akan diberi tumpuan oleh MUIS tahun ini.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Membina sifat daya tahan dalam masyarakat dan memastikan masa depan masyarakat terjamin selepas krisis COVID-19 adalah dua bidang kerja yang akan diberi tumpuan oleh MUIS tahun ini.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkongsi mengenai hal itu menerusi catatan Facebooknya pada Jumaat (24 Apr).

Bidang-bidang kerja itu diutarakan dalam Seminar Pelan Kerja tahunan MUIS yang diadakan dalam bentuk e-seminar di tengah-tengah wabak COVID-19.

"Saya sangat berbesar hati berpeluang untuk menyampaikan ucapan saya supaya Pelan Kerja Muis dan bidang tumpuannya dapat dibincangkan bersama para pemimpin sektor agama dan pemimpin masyarakat," tulis Encik Masagos dalam catatan Facebooknya.

Selain itu, Encik Masagos juga menyentuh mengenai peranan para pemimpin agama dan masyarakat menyokong MUIS bagi memastikan kehidupan beragama masyarakat Islam di Singapura tidak terjejas di dalam situasi COVID-19.

"Muis menggembleng tenaga bersama masjid-masjid dan para asatizah dan telah berjaya membawa lebih banyak program keagamaan ke dalam talian, terutama pada bulan Ramadan yang istimewa ini.

"Walaupun kita harus membuat beberapa penyesuaian, tetapi kita masih dapat tunaikan ibadah kita," kata Encik Masagos.

Beliau juga menggesa masyarakat agar terus meningkatkan kemahiran untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, Rangka Kerjaya dan Kompetensi (CCF) diperkenalkan kepada asatizah supaya dapat memanfaatkan peluang-peluang di masa hadapan.

Dalam pada itu, Encik Masagos menyeru orang ramai untuk kekal bersatu hati ketika tempoh mencabar ini.

"Saya harap usaha-usaha ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai sebuah masyarakat yang berdaya tahan. Marilah kita teguh bersatu dalam mengharungi krisis COVID-19 ini bersama," tegas Encik Masagos lagi.

Ucapan penuhnya boleh didapati di laman berikut.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan