Melbourne keluar dari sekatan pergerakan paling lama di dunia
Bandar Melbourne iaitu yang kedua paling padat di Australia, dibuka semula setelah melalui tempoh sekatan pergerakan paling lama di dunia.

Gambar: AFP
SYDNEY: Bandar Melbourne iaitu yang kedua paling padat di Australia, dibuka semula setelah melalui tempoh sekatan pergerakan paling lama di dunia.
Sorakan penduduk kedengaran di merata pusat hiburan malam dan jalanan, tepat pada pukul 12.00 tengah malam semalam (21 Okt).
Para penduduk bandar itu sudah melalui enam siri sekatan dan lebih 260 hari di bawah sekatan ketat COVID-19.
Mereka yang lengkap divaksin kini bebas untuk keluar rumah.
Wilayah Victoria dibuka semula selepas mencapai sasaran 70 peratus penduduk yang lengkap divaksin.
Menurut pihak berkuasa, mereka yang belum divaksin tidak akan dapat menikmati kebebasan sedemikian sehingga tahun depan.
Meskipun lebih bebas bergerak, para penduduk Melbourne masih tidak boleh meninggalkan bandar itu.
Kedai-kedai juga mesti tetap ditutup hingga kadar vaksinasi meningkat kepada 80 peratus.
Jumlah pelanggan yang dibenarkan di restoran juga dihadkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.