Skip to main content

Iklan

Iklan

'Masyarakat Gemilang' S'pura, kata Masagos, perlu cekal hati harungi dugaan COVID-19 semasa Ramadan

Umat Islam di Singapura bakal berdepan dengan Ramadan yang "sangat berbeza" tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura bakal berdepan dengan Ramadan yang "sangat berbeza" tahun ini.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berharap masa-masa mencabar di saat pandemik COVID-19 ini dapat mengingatkan "Masyarakat Gemilang" Melayu/Islam setempat supaya bangkit lebih cekal hati dalam mengharungi pelbagai cabaran.

Biarpun amalan-amalan tradisional yang sering dilakukan setiap kali jelangnya bulan suci itu - seperti berbuka puasa bersama sanak saudara dan rakan taulan serta meluangkan masa menunaikan ibadah di masjid - tidak kesampaian kali ini dek langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19, Menteri itu yakin Ramadan kali ini "tidak kurang bermakna bagi kita".

"Kita bersyukur bahawa kita masih mampu melaksanakan ibadah penting dalam bulan Ramadan, iaitu puasa dan zakat," ujarnya.

Bahkan, tambah Encik Masagos, masyarakat Islam di Singapura boleh berasa bangga kerana turut sama menjalankan tanggungjawab sosial untuk membendung penuralan lanjut COVID-19 demi kebaikan semua pihak seperti yang dianjurkan dalam agama Islam sendiri.

"Kepada semua umat Islam di Singapura, saya mengucapkan selamat menjalankan ibadah dalam bulan Ramadan.

"Ingatlah pesanan Mufti bahawa penyesuaian yang kita lakukan untuk kebaikan semua juga merupakan ibadah. Semoga kita meraih ganjaran dari Allah SWT serta membawa kebaikan dan Rahmah kepada semua," nasihat beliau.

"Semoga Ramadan ini mengajar Masyarakat Gemilang kita untuk lebih tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan, dan lebih yakin dalam mengamalkan agama kita dalam situasi yang sangat berbeza ini." 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan