Masjid Mujahidin ditutup sementara setelah kes positif COVID-19 dikesan
Masjid Mujahidin akan ditutup sementara dari waktu Subuh hingga Asar pada Rabu (29 Sep) bagi menjalankan kerja-kerja rapi pembersihan dan pembasmian kuman.
Para jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Mujahidin pada 28 Ogos 2020. (Gambar: BERITAmediacorp)
SINGAPURA: Masjid Mujahidin akan ditutup sementara dari waktu Subuh hingga Asar pada Rabu (29 Sep) bagi menjalankan kerja-kerja rapi pembersihan dan pembasmian kuman.
Ini selepas ia dikunjungi satu kes positif, dedah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu catatan Facebook pada Selasa malam.
Masjid Mujahidin akan dibuka semula pada waktu Maghrib pada hari yang sama.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MUIS menasihatkan para jemaah yang baru-baru ini mengunjungi masjid tersebut supaya memantau keadaan kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika berasa tidak sihat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.