Masjid Al-Aqsa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19
Masjid Al-Aqsa dan Haram al-Shariff akan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak COVID-19, menurut pihak berkuasa hari ini (15 Mac).
Masjid Al-Aqsa. (Gambar: Reuters)
BAITULMAKDIS: Masjid Al-Aqsa dan Haram al-Shariff akan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak COVID-19, menurut pihak berkuasa hari ini (15 Mac).
Bagaimanapun, umat Islam masih boleh bersembahyang di pekarangan kompleks yang menjadi antara tiga tapak paling suci agama Islam itu.
“Jabatan Wakaf Islam memutuskan untuk menutup ruang solat tertutup di Masjid Al-Aqsa ini sehingga diberitahu kelak.
“Ini adalah bagi mengekang penularan virus korona itu. Semua ibadah solat akan dilaksanakan di kawasan terbuka dalam perkarangan masjid ini,” kata Pengarah Masjid Al-Aqsa, Omar Kiswani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.