Skip to main content

Iklan

Iklan

Masih ramai ingkar SOP; tidak pakai pelitup, abai jarak fizikal semasa PKPP

Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal adalah antara kesalahan masih banyak dilakukan orang ramai walaupun ia sebahagian daripada prosedur operasi standard yang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Masih ramai ingkar SOP; tidak pakai pelitup, abai jarak fizikal semasa PKPP

(Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Sep 2020 04:37PM Dikemas Kini : 06 Sep 2020 04:38PM

KUALA LUMPUR: Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal adalah antara kesalahan masih banyak dilakukan orang ramai walaupun ia sebahagian daripada prosedur operasi standard yang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia terbukti apabila daripada 131 penangkapan yang dibuat kerana ingkar PKPP pada Sabtu (5 Sep), dua kesalahan tersebut mencatat jumlah paling ramai ditahan iaitu 73 orang (aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal) dan 31 lagi tidak memakai pelitup muka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan/catatan keluar masuk (20), langgar perintah kuarantin (2), premis beroperasi lebih masa (4) dan premis beroperasi tanpa lesen perniagaan (1).

"Bagi Operasi Benteng pula, seramai 67 pendatang tanpa izin dan empat tekong ditahan semalam kerana cuba memasuki negara ini secara haram melalui lorong-lorong tikus.

"Operasi turut membuat rampasan melibatkan satu bot dan empat kenderaan darat," kata beliau dalam satu hari ini (6 Sep).

Ismail berkata bagi kuarantin wajib sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 23,590 individu dari 32 negara pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Beliau berkata mereka ditempatkan di 68 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 9,162 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. 14,362 lagi individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang," Ismail memberi kemas kini.

Sementara itu, beliau berkata sejak 30 Mac, sebanyak 9,849 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon dilaksanakan melibatkan 12,965 premis yang terdiri daripada 2,706 pusat perniagaan, 5,703 bangunan kerajaan, 1,596 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,606 tempat awam dan 354 pasar raya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan