Skip to main content

Iklan

Iklan

Masagos yakin Amrin akan terus tabur bakti kepada masyarakat

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli yakin mantan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin akan terus menabur bakti kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli yakin mantan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin akan terus menabur bakti kepada masyarakat.

Ini meskipun keputusan muktamad Pilihan Raya Umum 2020 tidak berpihak kepada pasukan beliau di GRC Sengkang.

Encik Masagos mengulas mengenai 'kehilangan' dan sumbangan Encik Amrin dalam catatannya di laman Facebook hari ini (11 Jul).

"Seperti dikatakan PM Lee Hsien Loong, kita telah kehilangan 'beberapa butir permata' menyusuli hilangnya GRC Sengkang daripada PAP. Encik Amrin adalah seorang yang begitu ramah dan disayangi ramai. Beliau telah bertungkus-lumus dalam menerajui beberapa inisiatif dan kempen untuk meningkatkan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beliau khususnya dalam usaha memperkasa masyarakat Melayu/Islam," ujar Encik Masagos.

(Gambar: MENDAKI Singapore)

Malah Encik Masagos juga akur kagum bagaimana Encik Amrin dapat "berhubung dengan mudah" bersama rakyat Singapura, tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

"Ramai yang akan bersetuju bahawa personalitinya yang ramah, serta senyumannya yang mesra, boleh menggembirakan hari anda," kata beliau.

SUMBANGAN AMRIN AMIN

Menteri Sekitaran dan Sumber Air itu juga menyingkap sumbangan Encik Amrin sepanjang lima tahun beliau berkhidmat.

Malah, meskipun berkhidmat sebagai SPS Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan, Encik Amrin banyak meluangkan masa bagi pelbagai inisiatif Melayu/Islam, kata Encik Masagos.

"Misalnya di bawah naungan M³, Encik Amrin telah menerajui usaha untuk membantu bekas penagih, banduan dan keluarga mereka. Program-program yang dikendalikan Muis, Mendaki dan PA MESRA di bawah bimbingan beliau semakin bertambah, dan begitu juga bagi jumlah sukarelawan yang mahu turut membantu," kata beliau.

(Gambar: MENDAKI Singapore)

Ini termasuk kempen “Dadah Itu Haram” dan “Kita Dah Cukup Manis, Kurangkan OK?” serta program FITRAH yang berusaha membantu bekas pesalah Muslim pulih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

"Saya bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan Amrin Amin. Saya harap beliau berasa bangga dengan segala yang dilakukannya untuk Singapura.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau atas usahanya dan mengharapkan yang terbaik baginya, sedang beliau terus menunjukkan potensinya pada masa akan datang," ujar Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan