Skip to main content

Iklan

Iklan

Masagos puji respons masyarakat Melayu tidak bersesak di Pasar Geylang

Barisan orang ramai yang beratur di Pasar Geylang Serai pada pagi Sabtu (11 Apr) amat berkurangan berbanding Jumaat (10 Apr), apabila ramai pengunjung berpusu-pusu sehingga memaksa ramai untuk beratur di bawah panas terik matahari.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos puji respons masyarakat Melayu tidak bersesak di Pasar Geylang

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

BERITAmediacorp: Barisan orang ramai yang beratur di Pasar Geylang Serai pada pagi Sabtu (11 Apr) amat berkurangan berbanding Jumaat (10 Apr), apabila ramai pengunjung berpusu-pusu sehingga memaksa ramai untuk beratur di bawah panas terik matahari.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menarik perhatian tentang hal tersebut dalam catatan Facebooknya dan memuji masyarakat Melayu atas kerjasama mereka.

Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkongsi kebanggaannya terhadap respons yang diberikan oleh masyarakat.

Beliau menulis: "Suasana ini menunjukkan bahawa masyarakat kita faham arahan pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang kini sedang dijalankan dan memainkan peranan agar Pasar Geylang Serai tidak menjadi kelompok penularan virus COVID-19.

"Masyarakat kita akur dan tabah dengan penutupan masjid. Kini kita berdisiplin dalam pergi ke tempat tumpuan ramai seperti Pasar Geylang Serai pula tu! Syabas orang Melayu Singapura!"

Semalam (10 Apr), beliau telah menggesa orang ramai agar tidak berlengah-lengah di pasar basah semasa membeli barangan dapur, tetapi sebaliknya menyenaraikan barangan yang perlu dibeli supaya lebih cepat meninggalkan pasar agar orang lain boleh mempunyai peluang untuk membeli apa yang mereka perlukan.

Sehubungan itu, beliau menekankan harapan agar masyarkat terus memandang serius dan mematuhi langkah-langkah lebih ketat semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang sudah memasuki hari kelima hari ini.

"Seperti anda, saya juga sama menyesuaikan diri dengan norma-norma baru dan langkah berjaga-jaga. Jika selalunya saya membawa isteri bersarapan di luar semasa hujung minggu, kini, kita bersarapan di rumah sahaja. Saya juga sarankan agar isteri saya pergi ke pasar terdekat untuk membeli keperluan harian kami," kongsi Encik Masagos lagi.

Dengan keadaan virus COVID-19 yang semakin meruncing, beliau turut memuji reaksi masyarakat Melayu Singapura kerana bersikap teguh, rasional dan memahami akan peranan masing-masing.

Beliau juga tidak menafikan kerinduan menjejakkan kaki ke masjid.

"Memang rindu sangat untuk bersolat di masjid. Namun, saya amat bangga dengan reaksi masyarakat kita yang teguh, rasional dan faham akan peranan kita dalam menyekat penularan virus ini.

"Marilah kita terus duduk di rumah dan bantu melindungi keselamatan semua dalam tempoh ini. Bersama-sama, saya yakin kita dalam mengatasi wabak ini," menurut Encik Masagos lagi.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan