Marymount, Yio Chu Kang, Kebun Baru diurus di bawah majlis bandaran bersama jika PSP menang GE2020
Parti Kemajuan Singapura (PSP) merancang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menasihati dan membantu mereka mengurus sebuah majlis bandaran jika salah seorang daripada calon-calonnya di tiga SMC Marymount, Yio Chu Kang atau Kebun Baru terpilih menjadi Anggota Parlimen.

Pasukan PAP dan PSP berkempen bagi GE2020 pada 4 Jul 2020 (Gambar: Ngau Kai Yan/TODAY)
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) merancang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menasihati dan membantu mereka mengurus sebuah majlis bandaran jika salah seorang daripada calon-calonnya di tiga SMC Marymount, Yio Chu Kang atau Kebun Baru terpilih menjadi Anggota Parlimen.
Calon SMC Marymount Dr Ang Yong Guan berkata jawatankuasa penasihat itu akan terdiri daripada mereka yang disifatkannya sebagai "orang-orang yang sangat berpengalaman".
Dr Ang menambah jika PSP menang di Marymount, Yio Chu Kang dan Kebun Baru, tiga kawasan undi SMC itu akan diuruskan di bawah sebuah majlis bandaran bersama.
Tiga SMC itu terletak berhampiran satu sama lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.