Skip to main content

Malaysia lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

Malaysia akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara untuk mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Bernama pada Ahad, menukil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk vaksinasi COVID-19 di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 31 Mei 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 27 Jun 2021 01:57PM Dikemas Kini : 27 Jun 2021 02:00PM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara untuk mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Bernama pada Ahad, menukil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Langkah-langkah PKP yang sedang berkuat kuasa itu pada mulanya ditetapkan berakhir pada Isnin (28 Jun).

Namun, Encik Muhyiddin berkata ia tidak akan dilonggarkan sehingga kes harian jatuh di bawah 4,000.

Fasa pertama PKP yang bermula pada 1 Jun sepatutnya berakhir pada 14 Jun.

Ia kemudian dilanjutkan dari 15 hingga 28 Jun.

Pada bulan Mei, perintah PKP seluruh negara dikenakan semula di Malaysia di tengah-tengah gelombang ketiga penularan COVID-19.

Dikenali sebagai PKP 3.0, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh tersebut, tetapi perjalanan rentas daerah dan negeri, aktiviti sosial, sukan dan pendidikan dilarang.

Malaysia melaporkan 5,803 kes baru COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 723,000.

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita