Skip to main content

Iklan

Iklan

Malam pertama solat tarawih di Makkah penuh sayu

Malam pertama solat Tarawih di Makkah didirikan dalam suasana yang sepi.

Anggaran Waktu Membaca:
Malam pertama solat tarawih di Makkah penuh sayu

(Gambar: APTN)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 06:04PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 10:02PM

JEDDAH: Malam pertama solat Tarawih di Makkah didirikan dalam suasana yang sepi.

Ini setelah Arab Saudi mengumumkan penutupan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah kepada khalayak ramai sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.

Solat di dalam Masjidil Haram hanya dihadkan kepada kakitangannya termasuk para ulama, pegawai keselamatan dan pekerja pembersihan sahaja. Ia turut dipancarkan secara langsung menerusi televisyen.

Seperti banyak negara, Arab Saudi turut mula menjalani ibadah puasa hari ini (24 Apr).

Salah seorang Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais, menggesa umat Islam berdoa supaya pandemik COVID-19 yang telah menjejas dunia akan berakhir. 

Sumber : Agensi berita/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan